Tuesday, January 12, 2016

KEK COKLAT KUKUS

Assalamualaikum.. hari ni nak post pasal kek coklat kukus laa.. Hari tu aku try resepi ni... Tapi bila menjadi kek aku, memang happy gile..sedap tauuu..nyumnyum.. nak buat pun senang.. tak remeh mana pun... oklah, aku bagi resepi nya yee..

Bahan2 menggunakan sukatan cawan jee.. tak payah nak carik alat penimbang bagai.. (tak kisah pun cawan ape pun, asalkan korang guna cawan yang sama untuk semua bahan)
- 1 cawan serbuk koko
-1 cawan gula pasir
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak masak / marjerin yang dicairkan (aku guna minyak masak jee)
- 1/2 cawan susu pekat manis
-1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek (aku guna tepung gandum jee)
-1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 4 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla

Cara2 penyediaan pulak..

  • (PART A ) - Campurkan gula, susu pekat manis, minyak masak ke dalam periuk atau kuali. Masak sehingga gula larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan tau..
  • (PART B) - Lepas tu, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat dalam bekas lain dan asingkan.
  • (PART C) - Pukul telur sehingga kembang. Kemudian masukkan larutan gula tadi (Part A) kedalam adunan telur.
  • Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung tadi dalam adunan tadi ( Part C). Kacau sehingga sebati dan tidak berketul.. (aku guna mixer je, lagi senang)
  • Dah boleh start panaskan pengukus..
  • Sebelum tuang adunan dalam loyang, korang kena sapu marjerin dulu dekat sekeliling loyang.. Ni untuk elak kek korang melekat pada loyang.. (ni sebab aku gune loyang yang bukan non-stick tu).. Next, korang boleh tutup loyang dengan aluminium foil untuk elak kek dimasuki wap air .
  • Setelah make sure air pada pengukus mendidih, korang dah boleh masuk..
  • Kukus selama 1 jam jeee..
Sementara nak tunggu kek coklat kukus tu masak, korang dah boleh buat topping dia

Bahan2 nya adalah
- 1 cawan susu pekat manis (kurangkan sikit pun tak pe)
- 1 sudu serbuk koko
- 2 sudu mentega

Cara2 nya?? senang sangat..haha
  • Korang masukkan je semua bahan2 tadi dalam periuk. Lepas tu kacau perlahan sehingga larut.
  • Sejukkan dulu sebelum tuang atas kek korang tau.. 

Senang kan???hehehe

melimpah ruah topping nya kan...sedapppp
adik2 aku pun suka..hihi

3 comments:

nurhuda said...

woaa. tengok kat bahan2 tentu moist gila kek coklat ni kan? uish kene try ni

Azirahman said...

boleh cuba ni..cam sedap jer

umie yana said...

memang moist pun.. hehe.. Jemput la cuba yee.. comfirm tak menyesal bila makan nanti.. lapar la pulak

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg