Wednesday, March 30, 2016

3 Resepi Sambal yang Mesti digemari oleh orang Malaysia

Sambal Kicap 
(pehhh ni kalau dapat makan dengan soto atau sup mesti terangkat beb.. cicah jemput-jemput pun sedap tau.. selalu jugak buat sambal ni)
D27c

Bahan-bahan:
- 10 biji cili padi 
- 1 sudu besar bawang putih 
- 1 sudu kecil gula 
- 1/4 kicap manis 

Cara-cara: 
1. Blend kesemua bahan-bahan


Sambal Belacan
(hahhh, yang ni kalau makan dengan nasi putih je pun dah marvelous laa.. tambah-tambah makan tau)
93ee

Bahan-bahan:
- 6 biji cili merah 
- 8 biji cili padi 
- Jus dari 2 buah limau 
- 1 kiub belacan bakar 
- Garam 
- 1 biji limau, dipotong dua 

Cara-cara: 
1. Blend cili merah dan cili padi 
2. Tambah jus limau, belacan, dan garam 
3. Blend sehingga sebati 
4. Hidang sambal dengan sehiris limau


Sambal Hijau
(sambal ni pulak dimakan dengan nasi padang.. tengok cili dia...haihh)
966b

Bahan-bahan: 
- 1 biji tomato 
- 8 biji cili hijau 
- 1 sudu besar bawang putih (dicincang) 
- 1 biji bawang merah (dicincang) 
- Garam 
- Minyak masak 

Cara-cara:
1. Rebus tomato dan cili hijau. 
2. Blend kasar tomato dan cili hijau. 
3. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. 
4. Masukkan cili hijau dan tomato. 
5. Masukkan garam dan gaul sehingga sebati.

2 comments:

babYpose said...

Sambal hijau tu memang suka, pertama rasa masa kawan saya jamu kat umahnya. Sekarang baru tahu suaminya orang jawa. Belum tengahari dah terliur ni :)

Umie Yana said...

@babYpose
kannn.. tengok smabal je pun dah buat kita lapar..hehe

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg