Tuesday, March 8, 2016

KONVO !!!!!

Assalamualaikum...
Mood hari ni memang superb happy tau.. mana taknya, baru habis konvo..yeahhhh... maka dengan ini, aku telah bergelar graduan Diploma daripada Politeknik Merlimau, Melaka.. Alhamdulillah setelah 3 tahun bertungkus lumus menyiapkankan assignment, projek, praktikal, presentation dan final exam.. Akhirnya, dapat aku menjadi seorang graduan..hehehe
Seperti yang telah dijanjikan, aku nak share sikit gambar2 ketika majlis konvo aku berjalan..
Walaupun panas2 berkumpul kena kat dataran jabatan tapi aku dengan kawan2 aku tetap bersemangat selfie welfie.. yelah bukan boleh ulang balik detik bersejarah ni.. sekali dalam hidup bergelar graduasi diploma...hehe
Majlis kami berjalan pada petang ahad kelmarin.. 


Inilah yang amat aku tunggu2 selama ni tau..huhu

Hahhh, ni lah budak kelas DEP..hehe (jangan kutuk kami yee.. ni cuma suka2 jee)

Ni antara gambar kami... heheehe

Terima Kasih Mama, Pn Norfaezah, Babah, En Zailani dan satu-satunya atuk kesayangan beta, Hj Abdullah.. Terima kasih sebab sudi datang daripada Kota Tinggi untuk tengok anak sulung dan cucu naik pentas amik transkip.. terharu sangat.. Kesian tengok atuk yang sanggup menahan ngantuk demi tengok aku tau.. Tersenggut-senggut beliau masa tunggu majlis start.. Babah tak dapat nak masuk dewan sebab (nampak tak budak kecik baju oren yang buat sign peace tu??) sebab dialah, babah tak dapat masuk sebab cuma 2 orang dewasa sahaja dibenarkan masuk.

Ni kawan suka duka aku.. cuma mereka.. Noorliana Khoiri dan Mas Izaty Hishamuddin.. bestfriend forever..hehe.. dengan mereka berdua ni, aku bebas jadi sesiapa tanpa perlu sorok.. walaupun masa mula2 kenal macam awkward sikit..hehe.. Semoga kita sentiasa menjadi sahabat baik meskipun berada jauh di mata namun tetap dekat melekat di hati masing2..

MIH & NLK & USDZ 
TERIMA KASIH FAMILY, SAHABAT DAN FAMILY DEP.. SEMOGA MASA AKAN DATANG HUBUNGAN UKHWAH SELAMA 3 TAHUN TIDAK AKAN ADA PENGHUJUNGNYA.. SETIAP CERITA MESTI ADA GEMBIRA DAN SEDIHNYA.. IA ADALAH PENAMBAH PERASA DALAM HIDUP.. MANA ADA ORANG YANG HIDUP DALAM GEMBIRA JEE.. JADI JANGAN TOLEH KE BELAKANG LAGI DAN TERUS MELANGKAH MAJU TANPA GENTAR....

MEMORI TERCIPTA 

13 comments:

Anis Khalilah said...

Tahniah!

Umie Yana said...

@Anis Khalilah
Terima kasih Anis :)

Qaseh Vee said...

tahniah . klu blh lanjutkan lagi ke ijazah ...

Suhaiza Suki said...

thniah yana! and all the best for next plan :)

Umie Yana said...

@Qaseh Vee InshaaAllah, memang niat di hati nak sambung lagi.. tengah tunggu result upu pulak.hehe

Umie Yana said...

@Suhaiza Suki Terima kasih Suhaiza.. Aamiin, inshaaAllah :)

Eintan Nurfuzie said...

tahniah2.. sonok dpt grade kan

Eintan Nurfuzie said...

tahniah2

Umie Yana said...

@Eintan Nurfuzie seronok sangat..hehe.. Terima kasih cik EN..

Anis Shafika said...

Wahhh tahniah akak. Rasa tak sabar pulak nak habis kolej lepastu konvo >.<

Umie Yana said...

@Anis Shafika Terima kasih.. amboii, belajar betul2 dulu tau baru fikir pasal konvo.. All the best Anis ;)

AinAthirah Anuar said...

Tahniah ! tak saabr nak tggu bulan 11 ni pulak . Doakan ! HEhe

Umie Yana said...

@AinAthirah Anuar Terima kasih.. wahhh, mesti excited kan..hehe.. InshaaAllah, tak lama je lagi..

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg