Friday, April 29, 2016

Drama Dia Semanis Honey

207.-DIA-SEMANIS-HONEY
Sekarang sudah menjadi trendkan apabila novel-novel yang ditulis oleh penulis tanah air diangkat menjadi sebuah drama panjang. Baru-baru ini, sebuah lagi novel yang diberi tajuk Dia Semanis Honey yang telah ditulis oleh Dila Dyna terbitan Kaki Novel.. Wahhh baca tajuk je pun kita dah feeling-feelingkan.. Belum tengok lagi drma ini lagi.. Untuk pengetahuan korang, drama Dia Semanis Honey ini akan mula ditayangkan pad 2 Mei nanti tau.. Nak tahu lebih lanjut?? Meh baca sinopsis yang kat bawah ni pulak yee
Sinopsis :
Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak. Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan. Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka.
Adakah perkataan ‘sahabat’ itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi? Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya??
Senarai pelakon :
Drama Dia Semanis Honey menampilkan pelakon dan penyanyi terkenal sebagai teraju utama dalam drama yang turut mempunyai 16 episod yang akan disiarkan di Astro Ria bagi menggantikan drama Suami Tanpa Cinta. Antara pelakon utama adalah Siti Nordiana sebagai Hani Safira yang akan bergandingan bersama Alif Satar sebagai Ahnaf Wafiy.. Selain mereka, drama ini juga menampilkan Hairul Azreen (Adam Hazrul), Hafeez Mikail (Hanafi), Farez Ridzwan (Hakimi), Ziha Salleh (Ara), Nadya Syahera (Bella), Falisha Crossley (Ariana), Aleza Shadan (Puan Munirah), Nina Juren (Puan Sri Hartini), Lan Kristal (Hafiz), Adam Mika (Nabil), Zainol macwiilson (Dr Farid), Danish Hazriq (Rayyan) dan Fatihah Baharum (Aishah).. Malah lagu yang dipilih untuk menjadi ost adalah lagu Memori Berkasih yang dinyanyi oleh Siti Nordiana bersama Achik Spin..


2 comments:

Unknown said...

wah~ saya minat sangat dengan drama ni hehe lagi2 pelakon nya Nana dengan Alif hehehe :)

umie yana said...

@Azlina Ahmad yeahh, kita geng!! ^^

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg