Thursday, May 24, 2018

REVIEW : NASI MCD DAN REDEEM MCCHICKEN FREE

Image result for mcdonald

Assalamualaikum semua.. Kali ni aku nak share something dengan McDonald's ni tau.. Baru-baru ni aku adalah keluar dengan housemate aku keluar.. Then masa tu, tibe-tibe tekak mengidam nak makan McDonald's ni.. eh bukan mengidam mengandung tau, otak jangan nak pikir lain ea. kita study lagi ni ar.. Sampai je kat McDonald's tu, ramai wei yang beratur.. penuh semua kaunter yang buka masa tu.. masing-masing sibuk bukak phone masing-masing.. kawan aku pun memang ada bagitahu before tu yang kalau kita ada install app daripada Mconald's ni, kita boleh redeem burger free weii..  So apa lagi, kita install la siap-siap.. hahaha

Tapi korang kena tunggu turn korang betul-betul tengah order dekat kaunter tau sebab untuk redeem tu ada masa yang dah ditetapkan supaya korang tak click button redeem tu awal-awal.. Masa yang telah disetkan adalah 5 minit je tau.. Tapi ada syarat laa, bukan main nak redeem jee.. korang wajib order apa-apa yang ada kat situ dulu baru boleh dapat burger tu.. Lepas tu baru korang boleh click then tunjuk kat pekerja McDonald's tu.. So tadaaaa!!!


kan aku cakap tadi kena order dulukan, so aku buat keputusan untuk merasa menu baru di McDonald's ni iaitu Nasi McD.. Nasi ni ada 3 jenis tau.. Ada set A, set B dan set C.. untuk pengetahuan korang, setiap set nasi ni hanya dalam ala carte je tau.. Untuk set A, ia seperti hidangan nasi lemak. Ada nasi lemak, sambal, salad dengan telur.. Untuk set B pulak, ada nasi, salad, sambal dan ayam Mcd tau.. Manakala set C pulak, ada nasi, sambal, salad, ayam McD dengan telur.. nampak gambar kat bawah ni? tula set-set Nasi McD (aku pinjam gambar daripada McDonald's yee)..

Image result for nasi mcdonald


Inilah rupa nasi McD yang set B tu.. 

Dah tajuk entri ni pun review kan jadi jangan nak kecam sis yee.. sis tahu ini antara rezeki yang Allah bagi kat kita (macam ayat seseorang) tapi pada pendapat akulah.. nasi McD ni okaylah, not bad tapi yang spoil dia cuma sambal dia tu.. rasa macam sambal ikan bilis yang dalam roti tu wei.. lain okay dah lagi-lagi ayam dia, x yah cakap ar.. Kawan aku pun ada cakap yang sambal dia tu sambal yang sama macam dalam sambal untuk burger nasi lemak depa.. Maaf semua, tolong jangan kecam sis yee..

Yang kat bawah ni adalah screenshoot daripada app McDonald's yee.. ni selepas aku redeem burger free tula.. lupa nak snap before redeem.. sorry naa..


Haa, burger free.. yeahhhh

Korang jangan tak tahu yang dalam app tu ada macam-macam lagi yang best tau.. kalau tak pernah install, cepat-cepat install so boleh dapat burger free dengan syarat korang kena login account korang tapi HANYA SEKALI sahaja yee.. semua yang depa promote dalam tu cuma sekali sahaja yee.. so better korang install cepat sebelum promosi tamat.. kang melepas laa..

Ampun maaf dipinta kalau ada bahasa atau ayat yang kasar dan tidak elok sepanjang aku menulis entri ni.. Terima kasih sudi luangkan masa baca yee.. 

5 comments:

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah dapat redeem mcchicken free...rezeki tu...

Siti Yang Menaip said...

tak dapat peluang nak rasa lagi.. kawan pun ade cakap sambal tak kick. macam ade banyak benda kurang.. mekdi kena improve lagi part tu..

Munirah Rafiuddin said...

teringin nak gi try tapi tiap kali lalu sebelah mcD, langsung lupe...hehehehe
jemput ke Blog saya, ada GIVEAWAY sedang berlangsung...TQ

Rini Ismail said...

Macam apps Sogo aritu, kalau shopping lebih RM250 boleh dapat free member kad selama 5 tahun. Gigih kami belanja, rupa-rupanya kena apply dengan apps sebelum beli..hurm..tak dapat free member card..

Yun Sing said...

Yaaaa sy xde kat Malaysia sekarang T-T Nak juga~

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg